Saturday, May 31, 2008
Warga Kajang-awas
BARU DAPAT DARI EMAIL...RASA PATUT SHARE KAT SINI...BACA SAMPAI HABIS
Cerita nya camni...
25th April 08 6.30pm, ada sekumpulan 4 orang remaja Cina, 1 perempuan, 3 lelaki lepak kat depan The Store Semenyih. aku nampak diorang bawak beg dgn pegang kertas macam voucher, aku buat bodoh dan masuk je.. lepas keluar dr the store, masuk dlm kereta aku ada sorang budak Cina nama Tony approach aku. terpaksa la bukak tingkap sket. Dia pun tanya aku pernah menang apa2 x dari Tesco ke, Power Root ke? aku cakap x pernah.. oleh kerana aku x pernah menang apa2, dia kata company dia bagi aku peluang untuk menang kereta, motor dan cash money yg bernilai lebih RM4K! so, dia bagi voucher aku pun buka laa... tiba tiba dia terlompat lompat cam beruk! "fuiiyooo abang!!! abang betul ka x pernah menang apa2? abang ada chance menang kereta toyota altis woo...!!!" si tony tu la yg cakap camtu... bukan aku... dia tunjuk kat aku voucher yg dia buka tadi, ada gambar microwave oven n foot massage... kat satu lagi page color merah ada bulat warna silver.. dia kata nak tau hadiah apa, kena pergi office dia, nak scan....aku cakap kat dia, kalau kena beli barang, aku x nak...
dia pun dgn muka x malu, masuk dlm kereta aku yg x berkunci tu (bodoh nya aku ) dan ajak aku pergi ke office dia utk check apa hadiah yg aku dapat. dlm kereta, menghala ke office dia kat kajang prima atas kedai spare part sederet dgn maybank tu, dia pun call la Mr.Wong, supervisor dia.. kata kitorang on the way. (sambil lompat2 dlm keta aku)
7pm.. sampai kat office, Tony dgn Mr. Wong ni ajak aku masuk bilik, tiba2 je, diorang pasang lagu cina kuat kuat.. dalam bilik tu, ada la gambar orang2 yg pernah menang hadiah dari company ni.. Mr. Wong ni pun cerita la kat aku, company ni buat promotion untuk brand diorang nama GENKI.. sebagai customer, aku cuma perlu buat iklan utk promote brg2 GENKI ni. hadiah yg tinggal ialah, Toyota Altis, Persona, Viva, Honda wave dgn cash money yg bernilai RM4K, RM10K and RM50K! mula2 aku x nak dan x yakin, tapi dia push jugak sambil tunjuk keratan
2nd May 08, 12.00pm, aku ke office Nabinco ni utk bayar balance "Cukai Iklan" tu... aku guna cash rm300 n swipe card rm1100. lepas tu si Wong ni, kenalkan aku pada manager dia Ah Meng.. mamat ni pun ajak aku masuk bilik yg sama, bukak lagu cina kuat2, pastu tunjuk
3pm... aku pun balik dlm keadaan blurr campur bengang sebab x dapat Altis.. tapi dlm masa yg sama mengharap supaya taukeh ni boleh beli barang tu malam nanti.. tiba2 si Ah Meng ni call, dia kata kalau aku nak taukey ni beli semua 3 brg yg aku menang tu dgn harga rm7K, aku kena tambah lagi rm500 supaya dia boleh keluarkan oven dgn foot massage tu... aku pun pegi la balik dan bayar rm500 lagi.. dia bagi aku, fruit mixer.. kononnya tauke tu yg nak.. nanti malam dia call..
9pm ~ 2am, aku pun tunggu dgn bini aku kat rumah.. bini aku dah bising dah... ntah2 diorang tipu x bang? aku pun dah syak dah.. tapi x leh buat apa2 coz dah bayar... kol 9 aku call tauke tu, dia kata dia on the way balik dr
3 May 08 12pm: lepas balik dari majlis sukan anak aku kat UKM Bangi, aku pergi office dia, x bukak lagi.. call Ah Meng ni, dia cakap, tauke tu maybe boleh datang malam ni atau esok... aku dah mula bengang n marah dia... dia cakap, dia pun takut jugak sbb duit dia pun dah keluar rm600.. aku mula syak something wrong..sampai rumah, bini aku bagi idea yg tersangat sangat bijak, sampai aku terasa aku ni betul2 bodoh orangnya.. bini aku kata,
http://www.welleywatch.heritage-tech.net
rupa2 nya aku confirm kena tipu.. sampai ke hari ni, si Ah Meng dan kuncu kuncu nya, sekor pun x call aku untuk beli balik barang2 tu.. kalau korang baca komen2 yg ada dlm website tu, company ni dah lama dah buat kerja ni, cuma last year guna gores dan menang, tahun ni guna voucher hadiah plak.. modus operandi sama, guna remaja Cina yg berasal dari
4.30pm: aku pergi buat police report kat Semenyih, police yg amik statement aku tu kata, ada sorang makcik buat report kena tipu cam aku gak semalam (Jumaat 2nd May)..dia kena ajak kat Econsave, Semenyih.. tapi dia kena lagi teruk!! RM37K beb.. aku ni... adeh... tapi yg menghampakan ialah, polis pun x leh buat apa2, sbb ada
4th may 08: aku tunggu gak la si bangsat Ah Meng tu call.. seperti yg disangka.. abuk pun tarak.. aku sms kat boss, mintak cuti.
5th May 08: setelah buat
5.00pm: aku dah anta bini aku balik rumah, aku pegi balik ke Nabinco ni utk bagi diorang
5.30pm: aku nak pegi beli teh tarik tongkat ali kat The Store..sampai saja kat parking, aku nampak 6 orang geng geng Nabinco ni sedang beroperasi menipu sorang makcik dan sorang brother melayu.. aku pun naik angin, aku parking, pergi dekat makcik tu, direct aku cakap, "kak! jgn percaya cakap diorang ni!! saya baru kena tipu RM2.4K!! ada sorang lagi makcik kena RM37K!" makcik tu pun buat x layan dgn budak pompuan Cina tu... pastu, aku pergi kat brother melayu dlm myvi plak, cakap benda yg sama kat dia.. pastu aku blah, tengok2 diorang masih lagi push brother myvi tu.. aku bengang, terus capai digital camera aku, amik gambar diorang.. salah sorang dari 6 orang tu, dtg marah aku..dia tanya apsal aku amik gambar dan ugut nak pukul aku. aku blah sambil tunjuk, F$%K U!! kat dia.. pastu aku masuk balik kereta dan blah dari situ.. pegi econsave plak.. rupa2 nya ada lagi 2 orang kat situ.. aku pun buat benda yg sama dan amik gambar 2 org mangkuk ayun tu.. sampai kat rumah, aku x puas hati lagi.. berapa ramai lagi orang yg akan tertipu oleh Nabinco bangsat ni??!! aku call polis kajang... diorang pun anta peronda dan mintak aku ke The Store balik.. bila aku sampai situ, beruk2 Nabinco tu dah blah.. aku pun buat statement sambil request kat polis tu, kalau boleh datang la ronda kat sini setiap hari dlm pukul 5 hingga 7pm...
So, itu cerita aku, yg aku mintak dari korang ialah, tolong sebarkan cerita ni kat kawan kawan dan sedara mara anda! kalau ada sapa2 yg dah terkena cam aku, bagi e-mail aku kat diorang, aku boleh
Yang bestnya.. Lepas je aku baca email nie. Aku turun je kat tempat parking kete, da ada dua orang standby dan semuanya sebijik macam diceritakan diatas.. ikut skrip babe.. termasuk yang telompat-lompat tu.. terer siot..
![]()
![]()
![]()
Teka-teki....gitu2 apek......:)
Hitam dan berpeluh..HA. . Ape2??
Jawapan :
Semut hitam tengah berjogging..huhuhu
Ape benda bila masuk segitiga bila keluar bergulung-gulung
Jawapan :
Seluar dalam ler…hahaa
Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu
yang paling tinggi?
Jawapan :
Kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je, tp kuih
lepat sampai lelangit.
Byk2 kotak, kotak ape yg x leh angkat?
Jawapan :
Kotak penaltilah.. ... wawawa!
Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ???
Teka..teka.. kalo terer!
Jawapan :
Selipar maner boley buat gali tanah,gune cangkol lar....huehue. ..hue!!
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan :
Koboi naik kuda bawak sekor ayam.
Masa dia hidup kite menyanyi, masa dia mati kite tepuk tangan pulak...
Jawapan :
Lilin masa sambut 'EPI BESDAY'
Scorpion kaler apa?
Jawapan :
Kala jengking lah..senang pun takleh nak jawab!
Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???
Jawapan :
Kerani
4 org awek cun berpayung dgn satu payung tp nape tak basah langsung??
Jawapan :
Sebab tak hujan...aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi...soalan
bebudak pun takleh nak jawab!! Hampeh..
baca sebentar....renungan solat...
Saya mulai Dengan Nama ALLAH Yang Maha ( 1 ) Pemurah , Lagi Maha ( 2
)Mengasihani .
( 1 ) Pemurah / Baik Allah s.w.t. Untuk Seluruh Manusia Diatas muka
Bumi Ini Sama ada mereka Beriman atau pun tidak Beriman .
( 2 ) Mengasihani / Penyayang Khas Untuk Mereka mereka Orang Islam
Yang Beriman Sahaja .
Contoh Yang Senang Untuk kita Fahami ,
Kita Sendiri Pemurah / Baik pada Semua kawan kawan kita TAPI yang Kita
Benar- Benar Mengasihani / Penyayang / sayang sudah Tentu kita aja
Yang tahu .Bergitu Lah Allah s.w.t. tentuKan Untuk Kita Didalam
Al-Quran dan Al-Hadis Terhadap Hamba HambaNya Diatas Muka Bumi
CiptaanNya ini .
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al - Fatihah Ayat 2 .
" Segala puji bagi Allah s.w.t , Tuhan semesta Alam . "
Assalamuaalaikum wr wb..Pada Kawan2 dan Adik2 Yang Abang Wee
Kasihi ,Cintai Dan Sayangi ,Walau pun Dimana Kalian Berada SemuaNya .
Baik Yang Baru & Yang Lama .
Tangan dan Usaha Anda Boleh membantu Mengubah Dunia !
Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat .
Sabda Nabi Besar Kita saw ,
Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa ,
6 daripadanya akan diterima di dunia ini ,
3 seksa tatkala hendak mati ,
3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan ,
3 seksa lagi di hari kiamat.
Enam seksa semasa hidup di dunia ini :
1. Ditinggalkan yakni tiada berkat pada umurnya .
( Tiada Berkat Yakni bermasaalah tiada henti hentiNya ,berterusan
Dengan masaalah yang akhirNya membawa jalan buntu oleh akalNya sendiri
, kehidupanNya tiada ketenangan dan sentiasa dalam masaalah yang
kebinggungan )
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
Yakni diWajahNya tiada nampak ketenangan .
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.
Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
Yakni Tiada Boleh untukNya menglafaz Kalimah Syahadah ,Terdiam
kaku.lidah dan MulutNya .
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan
kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.
Inilah 3 seksaan tatkala hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tiga seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya .
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam
bara api itu .
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat
itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan
berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul
engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan
sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur.
Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.
Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak
sembahyang itu ke dalam neraka .
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang
murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya
yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka ,
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud , " Apa yang membawa kamu ke
neraka?" Mereka menjawab, " Kami tidak sembahyang . "
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-
Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun . (
1 hari pandangan ,bagi Allah swt diatas dunia Bersamaan 1000 tahun ,
1000 tahun kita hidup diatas dunia , pada Allah s.w.t. baru 1 hari )
Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.
Isyak:
Allah berseru kepada mereka , " Hai orang yang meninggalkan solat
Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan
menggunakan nikmat-nikmat-Ku ."
Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur dan lain lainNya
adalah berdosa kepada Allah swt Sampai Lah MatiNya .
Kepada Sesiapa Yang Ada Astro,ketahuilah..
Kepada Sesiapa Yang Ada Astro,ketahuilah..
Pada sesiapa yang ada masalah dengan DSR Astro dimana mereka tidak dapat siaran pada masa tertentu sehinggakan berlarutan dan kadangkala tiada siaran terus:
1. Sebelum memanggil technician
2. Anda akan dapat menu "LO Frequency", disitu setting default sepatutnya "Manual" dan "Frequency" pada 10.000 GHz. Selepas keluar dari menu tersebut siaran anda akan sambung seperti biasa.
Teknik ini selalunya akan dicaj RM40-RM100 pada pelanggan. Oleh itu jangan tertipu dan sebarkan maklumat ini kepada orang ramai.
ini akan jadikan siaran astro kite boleh ditonton pada bile2 mase ke? ( hujan lebat/ mendung / awan tebal)....
Wasalam,
(-_-) Few Chinese names
Operator: Yes, you can speak to me.
Caller: No, I want to speak to Annie Wan!
Operator: You are talking to someone! Who is this?
Caller: I'm Sam Wan (someone) and I need to talk to Annie Wan! It is urgent.
Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone, but what is this urgent matter about?
Caller: @#$... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan (no one)was involved in an accident. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone)is on his way to the hospital.
Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!
Caller: You are so rude! What isyour name?
Operator: I am Saw Lee(sorry)!
Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!!
Maksud lagu Aduh Saleha ( kehebatan Loloq )
Komposer : M. Nasir / Penulis Lirik : Rosli Khamis
ADUH SALEHA
Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
Mana rayuanku hendak ku sampaikan
Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
rindu berahiku pada kasih yang jauh
Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
jauh bukan jarak dan tempat
bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat
tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya
Mana penggantimu hendak ku dakapkan
Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh
Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga
Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
luruh jiwa dan badan
tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad
Bertahun ku sandar percaya
Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya
(adakah ia hanya disandar bukan dikandar?)
tak mungkin padam cahaya
dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
cintamu bagai rembulan
Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada
hilang dipandangan kala langit dilindung awan
Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)
Aduh mahkota terhempas
Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada
(zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)
barulah ku sedar, yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca
Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya
Sesudah berdarah bar ulah ku sedar
Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan
jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya bukan kepalang
Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman
Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha
Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?)
Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha!
Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha
Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri
ohh......... saliha
Tolonglah aku orang-orang yang soleh
Nota :
Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.
Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa
( sudah tiada).
Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang soleh dan solehah. Kalau tidak tahu,
bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.
Izinkan aku bertanya , sesudah nabi besar junjungan kita dan para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut
dan mendapat bimbingan ? Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin dalam kegelapan ?
Fikir dan jawab sendiri !!!













































