Sunday, August 3, 2008

FW: FW: Surat rantai

 

 Soalan 1
   Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak
   kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada  diceritakan
  berkenaan kisah orang yang mendapat bala  kerana tidak menyebarkan
  sebanyak 20 salinan kepada orang  lain. Apa pandangan ustaz?

  Soalan  2
  Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi  surat
  berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat  seorang alim dari
  Madinah. Di akhir surat tersebut di  suruh sesiapa yang membacanya
  supaya
   disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2
   minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu
  hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi  sesuatu
  perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai  surat ini?
  Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan  Photostat tetapi
  kini ia diedarkan melalui internet.  Mungkin pihak AnNur dapat
  memberikan jawapan yang tepat  kepada masalah ini supaya saya
  dapat edarkan kepada  rakan-rakan saya yang masih mengedarkan
  risalah  ini.


   Jawapan

  Setelah diamati, ada  beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat
  itu.  Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat
   ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi
   dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai
   tablighnya.

  Kita ketahui  bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida',
   Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu"
   yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang  akan
  turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah  atau AlQuran?

  Kedua dari segi  arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan
  mengedar  20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan
  dan  sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka
   secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain
  Allah
  SWT.
  Ini akan menjadikan kita  syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang
  dikira
   kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu,
  warak,
  alim dalam soal agama tidak  akan mempertaruhkan imannya untuk apa
  sekalipun. Saya  berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk
  memesongkan  aqidah umat Islam.

  Mari kita kaji  pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi
  isi  yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu
   Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi
   satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang  tiada
  cara untuk membuktikan kesahihannya.
   60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya?
   Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu  diselitkan
  nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini  berniat baik.
  Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak  diedar 20 salinan,
  mendapat bala. Untuk meyakinkan  pembaca, penulis rela kufur sekiranya
  isi surat ini adalah  palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca,
   diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.

  Tentunya susah untuk menentukan  kesahihan cerita tersebut. Cuma
  setahu saya, Allahyarham  Tan Sri Ghazali Jawi ti dak dibuang
  kerja tetapi meletak  jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau
  ada yang  rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk
   Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang  rapuh
  imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.

  Jika tak dihiraukan maka semacam  ada keresahan dalam hati seolah-olah
  menanti bencana yang  dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah
  syaitan dapat  menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga
 sakit,
   maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita  edarkan.
 Syaitan

  akan  melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya
   memesongkan aqidah kita.

  Maka kita  berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan
   pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya
   kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat  tersebut
  dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya  tetap akan beredar
  hingga bila-bila, kerana seingat saya,  surat ini telah beredar sejak
  saya disekolah rendah lagi  dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun
  sebelum itu. Dari  Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat
   tersebut adalah haram.

   Wallahu'allam.

  Jika anda ingin tahu  dari siapakah bermulanya surat berantai yang
  kononnya dari  Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah
  didalam  mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-
  Keputusan  Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
  SURAT SHEIK AHMED PALSU,  KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

   Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis
   oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA
   pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan uma t Islam. Penulis asal surat
 ini

  ialah mendiang  Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik
  dari  Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama
  asalnya Mohamed Elias  Skanbeg).

  Dia pernah bertugas di  Instituto Sacristo Convocione Reliogioso
  di Brindisi,  Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun
  1966-1968 di  bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa
   meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

  Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin  Al-Hashimi
  Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di  Madinah antara tahun
  1967-hingga 1979, tidak ada penjaga  makam bernama Sheik Ahmad
  antara tahun 1881 hingga 1979.

  Penjaga makam di Madinah ialah:  Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul
  Razaque Al-Hashimi  Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
  anaknya Sayyed  Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy
   (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi
   Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya
   Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque
   Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

  Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed  Ghazali
  Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat  sekali lagi di
  hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976  setelah beliau mengaku
 pernah

   menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang
   kawannya.

  Peristiwa ini  berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal
  dunia. Bekas  Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana
   bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

   Allahyarham D atuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan  bagi
  pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa  dengan sengaja
  menyebarkan risalah ini adalah "melakukan  syirik dan tidak mustahil
  jatuh
   murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu
   terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".
   (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

  Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis  Raja-raja Melayu dalam
  mesyuaratnya di Pekan pada 16  Oktober 1978, dipengerusikan oleh
  Almarhum Sultan Idris  Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa
  Kebangsaan 1978,  menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan
  Allah  S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta
   mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak  baik
  kekeliruan dan muslihat di kalangan umat  Islam.".

  Lagipun,"surat ini  menggambarkan pembohongan yang amat besar
  terhadap  junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran
  baginda  kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith
   sesudah kewafatan baginda".

   Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat
   Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik  kecil
  dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari  Islam, serta syirik
  yang besar jika sengaja maka  taubatnya tidak sah melainkan dibuat
  dengan sesungguhnya.  Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini
  kepada umat  Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan
 perkara

  syirik dan khurafat.
  Sesungguhnya ulamak sependapat  perbuatan itu sungguh besar
  syiriknya dan boleh  mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar
   si-pengirim".

  HENTIKAN MENGHANTAR  EMAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA
  KITA  SEDARI..INSAFLAH ..SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA...

No comments:

Custom Search