Sebuah bas yang membawa sekumpulan ahli politik telah ditimpa kemalangan
dahsyat dalam perjalanan ke sebuah daerah di pedalaman. Kejadian tersebut
dilihat oleh seorang petani yang sedang bekerja berhampiran tempat
kejadian.
Kesemua penumpang termasuk pemandu bas telah tercampak daripada bas dan
bergelimpangan di atas jalanraya. Melihat itu petani tersebut mengambil
keputusan untuk menggali sebuah lubang dan menanam kesemua mangsa di dalam
satu lubang sahaja.
Pada keesokannya sebuah kereta polis telah melalui tempat kejadian dan
terlihat bangkai bas berkenaan. Pegawai polis tersebut mendapatkan petani
yang dilihatnya berada berhampiran situ untuk mendapatkan maklumat. Petani
tersebutpun memberitahu apa yang telah terjadi dan mengaku telah menanam
semua mangsa di dalam satu lubang.
"Adakah pakcik yakin bahawa semua penumpang telah benar-benar mati?" Tanya
pegawai polis tersebut.
"Err... sebenarnya ada 5-6 orang yang memberitahu saya bahawa mereka masih
hidup lagi, tetapi encik tahu aje lah... cakap orang politik ni bukannya
boleh dipercaya!"
FW: Exercise kat pejabat.. :)
17 years ago
No comments:
Post a Comment