Thursday, June 12, 2008

FW: Minyak: kita tidak berani...

Subject: Minyak: kita tidak berani...

salam semua,

Aku nak bgtau apa yang rakyat UK buat apabila Tiny Blair (saje tulis silap tony tuh) membuat pengumuman minyak naik harga dari 90 sen ke 1 pound (harga tepung gandum kat UK sekilo 9 sen). Seluruh negeri dan daerah2 di United Kingdom mogok dan mereka beramai2 berkampung di semua stesen penapis minyak dan tidak membenarkan semua lori2 tangki keluar dari kawasan kilang mereka. Lori2 hanya dibenarkan keluar untuk penghantaran ke stesen minyak dan mereka sendiri memantau supaya hanya ambulan dan kereta polis ajer boleh isi minyak distesen yang dipilih. Mogok semua rakyat UK berlarutan selama 1 minggu, kami langsung duduk rumah sebab bas habis minyak, teksi habis minyak dan ramai rakyat UK yang tidak pergi bekerja kerana pengangkutan telah mati dimana2 bandar. Kami hanya berjalan kaki pergi ke kedai berdekatan untuk membeli barang keperluan. Pihak kerajaan Tiny Blair akhirnya mengalah dan bersetuju dengan kehendak rakyat, ini kerana alasan yang diberikan oleh Tiny Blair adalah sama dengan Pak Lah iaitu satu dunia minyak naik, pihak rakyat UK berpendapat banyak saluran dan pembaziran yang lain boleh dikurangkan lagipun minyak petrol disana tidak ada subsidi pun dan terpulang kepada stesen2 minyak menjual minyak mengikut harga pasaran dan bukan dengan arahan kerajaan.. Kat sana setiap stesen minyak yang kami pergi tidak sama harga minyaknya kerana harga minyak dunia naik dan turun jadi begitu juga stesen2 minyak berlumba dalam mengurangkan harga petrol seliter untuk menarik pembeli. Oleh kerana duit UK amat tinggi nilainya (90 pence X 7 = RM6.30) maka seliter 90 pence itu adalah berpatutan. Kalau kat UK taraf ekonominya hebat dan barang terlalu murah kerana kiraan gaji disana adalah sama cuma kuasa beli berbeza. Bayangkan gaji di Malaysia seorang tukang sapu mendapat RM500m sebulan (ader jangan cakap takder) disana gaji tukang sapu pun 500 pound sterling, tetapi RM5 kita boleh beli apa?

Sila kira : roti gardenia = 2.80 (yang panjang tuh)
Telur 10 biji = 2.70

eehhhhh dah lebih RM5

ok tgk UK 5 pound lak: Roti macam gardenia = 60 pence
telur 30 biji = 2 pound
tepung gandum 2 kilo = 18 pence
Anggur sekilo = 1 pound
Coklat cadbury = 1 pound (kat mesia sekarang RM7.20 tuh)

haaa tuh baru 4.78 pound .. amacam murah????

Tulah aku pelik kata UK mahal, kalau nak compare jangan ler asyik convert tukaran asing.. duduk sana baru tau.

Haa kalau kita punya taraf ekonomi macam UK dimana pengangkutan awam no 1, pendidikan percuma, perubatan percuma siap bagi duit tambang kepada kita kalau datang dengan teksi (ada tempat juruwang dalam hospital- ingat kena bayar rupa2nya bg duit kat kita sebagai tambang teksi) dan kebajikan rakyat dibela, ada gaji minimum, doktor kerja pun senang bukan straight 3 hari 3 malam macam kat mesia, barang2 keperluan murah, ayam, ikan, belacan dan maggie pun ader, barang tempatan mesia kat sana berlambak dan murah - syarat kerja dan duduk sana ler, kalau duit elaun belajar cukup ler tapi nak berjalan tengok tempat orang memang ler tak cukup. Okalah last aku nak tanya korang gaji bawak bas KL RM1000, gaji bawak bas UK 900 pound, minyak mesia isi 2.70, minyak UK 90 pence, mana murah beb?lu pk la sendiri!!! huhu

Wassalam

No comments:

Custom Search