Harga Minyak
Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak
tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan
alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol
sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol
dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih
kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang
RM5.
Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran
mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan
juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di
Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke
RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.
Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan
jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi
kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan
pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan
mengalami peningkatan harga.
sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan
akan menurun.
Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih
rendah daripada di
Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah
lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa
membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari
Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih
dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan
adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju,
tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.
Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan
penjualan minyak kepada kenderaan milik asing.
Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli
semula. Terbalik!
Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak
dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar
membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja
daripada keluaran arahan larangan dan kemudian
benarkan semula.
Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk
meringankan beban kepada rakyat hasil daripada
kenaikan harga petrol.
Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit.
Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai
Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan
daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak
menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat
peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan
Dollar Amerika.
Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang
80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1
satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan
teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai
Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos
import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan
sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus,
kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu
harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang.
Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk
import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk
industri
Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika,
kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya
dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit
Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Ke
Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk
mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya
meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang
keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos
import.
Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi.
Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya
Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah
saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit
tentang rejim ke
Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga
petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah
jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana
Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan
hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan
lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan
kepada orang asing.
Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu
terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri
subsidi walaupun tahapnya akan menurun.
Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya
“penasihat&
sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada
apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa
yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup
untuk saya membuat beberapa penilaian.
sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000
tong di export.
Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30
satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan
sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos
pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap
untung bersih.
250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita
pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,
(Dua puluh tujuh bilion Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang
kesemuanya milik Kerajaan.
Kerajaan ini melimpah dengan
Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah
juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan
syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah
sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar
juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.
Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan
secara berperingkat ianya tidak akan mengekang
ke
Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan
pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah
diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji
minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan
sedikit jumlah gaji minima.
Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding
sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini
tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi
faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan
Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya
pelabur.
Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga
amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan
orang
cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi
keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan
dikatakan sombong.
yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak
menguntungkan
jumlah
Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi
tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat
hidup yang meningkat.
Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat
penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman
sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah,
kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge
funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya
resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar.
Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami
kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik
turun.
masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia
untuk menghadapi semua ini.
Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi
mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang
terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya
harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja
segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag
digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap
bulan.
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 12:56 PM
FW: Exercise kat pejabat.. :)
17 years ago
No comments:
Post a Comment