Subsidi dibayar tunai kepada pemilik kenderaan
PUTRAJAYA 4 Jun – Kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api yang diumumkan hari ini. Walaupun pemilik kenderaan kini terpaksa membayar harga petrol dan diesel yang lebih tinggi sehingga 40 peratus berbanding harga sebelum ini, tetapi mereka akan mendapat rebat tunai daripada kerajaan sebaik sahaja memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberitahu Utusan Malaysia di sini, sungguhpun harga petrol naik sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 namun hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai berjumlah RM625 setahun. “Pemilik kenderaan sebenarnya masih menikmati subsidi petrol yang kita pulangkan semula dalam bentuk bayaran tunai,” katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan struktur baru subsidi bahan api hari ini berkata, bayaran tunai akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengimbangi kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan RM1 bagi diesel. Bayaran sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga RM2,500cc. Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun. Bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan. Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran tunai itu, menurut Perdana Menteri, akan diberikan dalam bentuk kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008. Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc. Selain itu, kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54. Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43 Oleh ZULKIFLI JALIL
FENOMENA SATU NEGARA...
Kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api. Keadaan yang sama berlaku di seluruh negara. PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok. Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58. Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia. Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar. Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor. Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya. Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP). Abdullah menjelaskan, subsidi bahan api distruktur semula bagi memastikan bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil dan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Subsidi bahan api tetap diberikan kepada rakyat di bawah penstrukturan baru itu, kata Perdana Menteri. “Kerajaan akan memberi diskaun atau pengurangan kepada pengguna sebanyak 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual. “Kalau harga pasaran petrol, misalnya seperti hari ini, pada RM3 seliter, kita akan tentukan harga minyak dengan memberi diskaun atau pengurangan 30 sen. “Maknanya yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM2.70 seliter walaupun harga sebenar ialah RM3,” kata Abdullah. Diskaun itu, kata beliau, akan diberi secara tetap. Walaupun harga minyak diselaraskan sebulan sekali, kerajaan akan memastikan diskaun 30 sen itu terus diberi, ujarnya. Utusan Malaysia difahamkan, mengikut cadangan asal harga petrol sepatutnya RM3 seliter, tetapi mesyuarat Kabinet hari ini meminta kerajaan memberi diskaun 30 sen untuk setiap liter petrol yang dijual di negara ini. Semasa sidang akhbar, Perdana Menteri ditanya kemungkinan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan itu menyebabkan kerajaan pimpinannya kurang popular di kalangan rakyat. Abdullah menjawab: “Ini bukan soal untuk popular, ini adalah langkah serius untuk keperluan rakyat. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak tetapi memastikan ‘situasi menang-menang’ untuk semua.'' Menjawab soalan daripada seorang wartawan Indonesia yang mengatakan di negaranya kenaikan harga minyak telah mencetuskan demonstrasi dan bantahan terhadap kerajaan, Perdana Menteri berkata: “Insya-Allah, saya harap rakyat Malaysia tidak berdemonstrasi sebab apa yang kerajaan putuskan ini adalah yang sebaik-baiknya bagi menangani keadaan yang susah hari ini. “Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.'' Abdullah memberitahu, Kabinet yang membincangkan soal kenaikan harga minyak dalam mesyuarat selama empat jam hari ini meneliti satu per satu kesan yang akan timbul daripada keputusan itu. Sidang akhbar Perdana Menteri hari ini turut disertai anggota-anggota Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsyam A. Aziz. Turut hadir ialah Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Seri Che Khalib Mohd. Noh dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. Siapa layak dapat subsidi tunai * Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter. * Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan. * Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan. * Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc. * Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun. * Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu. * Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50. * Harga diesel untuk operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel diselaraskan kepada RM1.43 seliter. * Harga gas bagi sektor elektrik dinaikkan kepada RM14.31 setiap mmBtu berbanding RM6.40 berkuat kuasa 1 Julai 2008. * Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama. * Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik. * Kadar jualan bagi restoran di luar hotel yang dikenakan cukai perkhidmatan 5 peratus dinaikkan kepada RM3 juta berbanding RM500,000 berkuat kuasa 1 Julai 2008. * Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.

No comments:
Post a Comment