Monday, June 2, 2008

FW: tips -Konflik rumah tangga

Rumah tangga berjaya boleh diukur dengan wujudnya rasa tenang dan bahagia
di kalangan ahli keluarga. Suami isteri mempunyai peranan terhadap rumah
tangga.


Suami berkewajipan mencari nafkah dan menyediakan keperluan keluarga,
sementara isteri membantu suami dalam semua hal untuk menjamin
kesejahteraan hidup.


Jauh sekali menjadi hamba abdi yang terpaksa memeras tenaga melakukan
segala kerja tanpa mengira masa.


Kegagalan membina sebuah rumah tangga yang sejahtera boleh mungkin memberi
gambaran pasangan itu gagal melaksanakan dan memahami tanggungjawab
masing-masing.


Al-Quran menggambarkan konflik rumah tangga dalam pelbagai bentuk. Firman
Allah: "Dan jika seorang perempuan bimbang suaminya benci atau tidak
melayaninya, maka tidak salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian
(secara elok) kerana perdamaian itu lebih baik (daripada bercerai); sedang
sifat bakhil (tidak suka memberi dan bertolak ansur) itu memang tabiat
semula jadi manusia."- Surah An-Nisa': 128.


Konflik rumah tangga dan perselisihan faham boleh membawa kepada syiqaq dan
dharar iaitu sampai ke tahap cerca-mencerca dan pukul-memukul atau mendera.


Firman Allah: "Dan jika kamu khuatir ada persengketaan antara keduanya,
hantarlah seorang hakam daripada keluarga lelaki dan seorang daripada
keluarga perempuan. Jika kedua-dua hakam itu mahu mewujudkan perdamaian,
nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah
maha mengetahui lagi maka mengenali." - Surah An-Nisa: 35.


Masalah rumah tangga boleh tercetus daripada pelbagai punca. Namun
kadangkala konflik yang singkat boleh mendatangkan kebaikan setelah
pasangan berkenaan berdamai.


Kesan perdamaian membuatkan pasangan lebih intim seolah-olah mereka baru
saja berkahwin.


Ia juga boleh menimbulkan kesedaran yang positif terhadap kesalahan dan
kesilapan lalu. Rasa insaf dan bersalah boleh menambat kasih sayang yang
berpanjangan.


Dalam menghadapi konflik, cubalah kita berfikir dan bertindak secara
rasional.


Jangan terus merajuk kerana nanti sukar untuk berdamai. Jangan pula tidak
bertegur sapa melebihi tiga hari yang boleh menyebabkan berdosa pula.


Elakkan daripada menghukum kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah.
Jauhi diri daripada berbohong kerana ini boleh mengurangkan dorongan untuk
berbaik-baik semula. Berhentilah daripada menggunakan bahasa yang kasar dan
negatif.


Islam membenarkan perceraian sebagai jalan terakhir dalam menghadapi
konflik rumah tangga. Walaupun perceraian sesuatu yang halal namun
perbuatan tersebut dibenci oleh Allah.


Perbuatan sentiasa mencabar dan meminta cerai kerana sebab-sebab yang remeh
dan tidak menasabah adalah dilarang sama sekali.


Tegas Rasulullah s.a.w.: "Wanita-wanita yang meminta suaminya menceraikan
dia tanpa sebab yang munasabah, tidak akan mencium bau syurga." - Hadis
riwayat Abu Daud dan Al-Termizi.


No comments:

Custom Search